Citrawarna 2005 Citrawarna

Citrawarna 2005 dihadiri 20,000 warga tempatan dan asing di Stadium Merdeka. Buat pertama kalinya, pihak penganjur mengenakan bayaran tiket berharga RM15, RM10 dan RM5 untuk menyaksikan majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Persembahan kali ini digambarkan mengikut rentetan sejarah kedatangan pelbagai kaum ke Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pelabuhan Melaka yang sememangnya sibuk kepada pedagang-pedagang asing menjadi pintu masuk kaum India dan Cina ke negara ini.Kumpulan kebudayaan dari negara Indonesia, Filipina, India, Republik Korea Selatan, Thailand dan China turut menampilkan kebudayaan mereka.